Sunday 7 April 2013

Destinasi Pelancongan di Tawau

Taman Rekreasi Air Panas Tawau
Dahulunya Kolam Air Panas ini tidak dipelihara dan berada dalam keadaan yang tidak cantik. Namun begitu, ia telah dimajukan oleh sebuah syarikat swasta iaitu Rekobumi Sdn. Bhd. dan baru beroperasi Jun 2011 ini. Taman ini meliputi seluas 16.2 hektar dan terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Tawau.
Hasilnya adalah terdapat landskap bunga-bunga yang tersusun rapi dengan pohon renek sebaik sahaja memasuki pintu masuk taman. Pengunjung juga boleh menikmati kesegaran udara hutan kecil yang berhampiran yang diliputi dengan pokok-pokok kayu tropika.
Selain itu, terdapat juga petak-petak kolam air panas yang mempunyai kepanasan yang berbeza iaitu dari 30 darjah Celcius hingga 60 darjah Celcius yang sesuai semua peringkat umur berendam di dalamnya yang dipercayai baik untuk kesihatan termasuk kulit.
Trek berjoging juga disediakan dan kepada pengunjung yang ingin bersantai terdapat lebih 20 pondok rehat yang disediakan. Selain itu, tempat penginapan juga disediakan kepada pengunjung yang ingin bermalam di sini.


Sungai Balung Resort
Sungai Balung ini adalah salah satu kawasan yang menarik pehatian pengunjung untuk berkunjung dan meluangkan masa bersama keluarga. Ia terletak kira-kira 33 batu br bandar Tawau dan mengambil masa selama kira-kira 40 minit ataupun 30 minit dari Lapangan Terbang Tawau.
Kawasan sungainya amat cantik yang dikelilingi dengan suasana hutan yang segar. Terdapat juga banyak kemudahan disediakan termasuklah pondok-pondok yang berada di tepi sungai, restoran, dewan-dewan perbincangan, kolam renang serta tempat penginapan dan banyak lagi.
Terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat disekitarnya seperti koko, tumbuhan herba juga terdapat buah-buahan tropika.
antara kemudahan di dalam bilik resort.


Bongkah Berapi


Ratusan bongkah batu gunung berapi jenis 'basalt' yang tersusun ini dipercayai berusia 27,000 tahun boleh dijumpai di beberapa lokasi sepanjang Sungai Balung juga dikenali sebagai 'Batu Bersusun'.
Semua bongkah batu di sini berbentuk segi lima atau segi enam dan secara seragam dan mempunyai saiz yang hampir sama dianggarkan. Ia seolah-olah disusun oleh manuasia tetapi sebenarnya ia terbentuk secara semulajadi.

Dikatakan bahawa bongkah kayu berkenaan terhasil dari penyejukan magma selepas letupan gunung berapi meletus iaitu Gunung Maria yang mempunyai ketinggian 1,183 mater dari aras laut dan teletak kira-kira 24 kilometer di utara daerah ini.


Maliau Basin
Maliau Basin juga dikenali sebagai 'Sabah's Lost World'. Keluasannya dijangka melebihi keluasan Singapura yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan utara Kalimantan dan perlu memandu kira-kira 4 hingga 5 jam dari bandar Tawau atau Keningau. Kereta yang bergear rendah sahaja yang digalakkan kerana perlu mengharungi jalan-jalan hutan.

Ini kerana is terletak di tengah-tengah hutan yang menyebabkan ramai orang tidak mengetahui kewujudannya. Ia merupakan salah satu kawasan yang amat cantik dengan keadaan sekelilingnya dan juga bentuk air terjunnya yang bertingkat-tingkat. 

Terdapat juga penginapan yang disediakan oleh pihak Maliau Basin kepada pengunjung-pengunjung. Selain itu terdapat banyak aktiviti yang boleh diikuti oleh para pengunjung. Terdapat juga jambatan gantung serta tempat-tempat untuk berkelah.

pemandangan dari atas..


Bukit Gemok
Bukit Gemok merupakan salah satu Hutan Simpan yang boleh dikunjungi dan mempunyai keluasan seluas 445 hektar dan ketinggian 428 meter dari paras laut. Terletak kira-kira 20 minit jika memandu dari bandar Tawau di Jalan Merotai.

 
Terdapat juga Jalan di Kanopi iaitu Titian Silara sepanjang 231 meter panjang dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak sejauh 1 kilometer. Permandangan seluruh bandar Tawau dapat dilihat dari atas puncak bukit. Ia merupakan permandangan yang amat cantik.


Jalan masuk ke Bukit Gemok dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, pokok getah serta pokok koko. Ketika menaiki Titian Silara, ia dikelilingi dengan pokok-pokok tropika.

Muzium Koko Teck Guan

Teck Guan Group merupakan salah satu syarikat pengeluar Koko di Malaysia yang terbesar dan produk koko yang dihasilkan adalah yang bermutu tinggi. Muzium Koko Teck Guan terletak kira-kira 3 kilometer dari bandar Tawau menuju ke Tanjung Batu Laut mengambil masa kira-kira 10 minit yang berada di sebelah kanan Majulah Koko yang mula beroperasi sejak tahun 2002.

Tawau merupakan salah satu kawasan yang sesuai untuk penanaman koko. Aroma koko akan dapat dirasai ketika berada berdekatan dengan Museum Koko kerana ia bersebelahan dengan kilangnya. Koko merupakan bahan utama pembuatan coklat dan mentega koko yang digunakan oleh syarikat pembuat coklat sebenarnya berasal daripada Tawau.

Pihak muzium juga menerangkan cara-cara memproses koko hinggalah salah satu produk itu terhasil. Selain itu, cara-cara untuk menyediakan makanan ringan yang diperbuat daripada koko juga di ajar kepada pengunjung.



 Informasi Tambahan : 
Masa untuk dibuka ;

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tutup : Ahad dan cuti umum




Taman Bukit Tawau
Taman Bukit Tawau merupakan kawasan semulajadi dan merupakan kawasan tadahan air. Ia terletak kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau. Ia meliputi seluas 27,972 hektar.
Selain itu, terdapat banyak rintis kembara dan ada yang membawa anda ke kawasan mata air panas dan air terjun dengan berjalan kaki.
Terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat di kawasan ini. Antara tumbuhan yang menarik ialah Orkid Telinga Gajah.

Sungainya yang bersih dan sangat sesuai untuk berenang. Terdapat juga pondok-pondok yang disediakan untuk menyenangkan para pengunjung bersantai. Ini merupakan tempat yang selalu dikunjungi oleh pengunjung di hujung minggu ataupun di musim cuti persekolahan.




Saturday 6 April 2013

Destinasi Menarik Di Sandakan

AGNES KEITH HOUSE

This museum is located at top of the hill along Jalan Istana, about 10 km from Sandakan Airport and 1km from Sandakan town. This house was rebuilt in 1946/47 and was the first government permanent timber dwelling to be built after the 2nd World War. It was occupied by Mr. Harry Keith, a Conservator of Forests with his wife, Agnes Newton Keith and their son, George.

In 2001, the Department of Sabah Museum in collaboration with the Federal Department of Museums and Antiquities began the task of restoration of the house. With the opening of the house on 26th April 2004, Sabah’s tribute to the award winning American authoress has come full circle. The book “Land Bellow the Wind” made Agnes Keith famous in 1939, and the book continues to make Sabah well known right up to this day

The Agnes Keith house is furnished simply with reproduction of colonial furniture and genuine antiques. A gallery on first floor tells the story of this remarkable woman, her books and family. A Keith Time-line starts in 1873 and ends in 2004 tracing the past to the present Keith generation. War artefacts are also displayed.

Admission Fees

Malaysian Guests - RM2.00
Non-Malaysian Guests RM15.00
Malaysians only:
Students in uniform - Free
Disabled Guests - 
FreeSenior Guests - Free
Taxi Drivers - Free

Opening Hours

Open daily from 9.00 am to 5.00pm

How to Get Here

located at Jalan Istana and about 5 minutes from Sandakan City.
From Sandakan CityBus fares RM0.50 (one wayTaxi fare: RM5.00 (one way)
MEMORIAL PARK ( SANDAKAN WAR MEMORIAL )
Semasa Perang Dunia ke Dua, Sandakan telah di pilih oleh orang Jepun sebagai pusat khemah tahanan iaitu ‘Penjara Masa Perang’ untuk menahan orang-orang tahanannya. Satu daripada khemah ini terletak di belakang Taman Rimba, Batu 8, Jalan Labuk. Kebanyakan orang-orang tahanannya adalah terdiri daripada orang Australia. Tinggalan bangunan dan peralatan-peralatan yang lama masih boleh dijumpai di kawasan ini. 
Pada tahun 1986 melalui sumbangan derma dan sokongan dari keluarga-keluarga serta kawan-kawan orang-orang tahanan Australia, tempat ini telah dibersihkan dan sebuah batu peringatan telah didirikan untuk memperingatkan jasa-jasa mereka semasa penjajahan Jepun. 
senjata yang masih ada di sini..

Dalam angkaran yang dibuat terdapat 2,000 orang tahanan Australia dan 750 orang British telah d itahan di Daerah Sandakan. Pada tahun 1944, bulan September jumlah tahanan yang tinggal ialah 1,800 orang Australia dan 600 orang British.  Mereka tidak diberi makanan, dan ramai yang jatuh sakit. Dalam bulan September ini juga, walaupun sakit mereka di paksa berjalan kaki melalui hutan-rimba sehingga ke Ranau. Selama setahun perjalanan menuju ke Ranau, jumlah orang tahanan yang sebanyak 2,400 telah tinggal menjadi 6 orang saja. Perjalanan menuju ke Ranau ini dikenali sebagai ‘Death March’.
tiada bayaran yang dikenakan untuk pelancong masuk ke kawasan ini.

SEPILOK ORANG UTAN REHANILITATION CENTRE SANDAKAN 

Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan, mempunyai keluasan 43 kilometer persegi.  Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan asli yang terpelihara.  Orang ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan hujan tropika ini.  Tujuan utama Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini adalah untuk mendidik anak-anak orang-utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan. 
Pada tahun 1957, pembalakan telah diharamkan dan pasukan simpanan telah dilantik untuk membuat penyelidikan. Dalam tahun 1963 semasa Sabah merdeka dalam Malaysia, Jabatan Perhutanan telah membentuk satu Cawangan Penjaga Binatang Perburuan (Game Branch).  Pada masa itu, dipercayai bahawa orang-utan ialah binatang yang susah didapati dan makin berkurangan. Musim itu juga anak-anak orang-utan sangat terkenal sebagai binatang perliharaan di kalangan rakyat Sabah dan di tempat lain. Anak-anak orang-utan biasanya di tangkap semasa pembalakan dan pembersihan hutan. Dengan adanya Cawangan Penjaga Binatang Perburuan ini, satu undang-undang baru telah dikeluarkan iaitu ‘Dilarang menangkap dan memelihara orang-utan’. Oleh itu Sepilok telah dipilih sebagai sebuah pusat pemuliharaan orang utan. Pelawat-pelawat boleh ke pelantar untuk melihat orang-orang utan datang dari dalam hutan untuk mendapatkan makanan dua kali sehari mereka iaitu susu dan pisang. Masa-masa memberi makan setiap hari ialah pada pukul 10:00 pagi dan 3:00 petang.


LABUK BAY PROBOSCIS MONKEY SANCTUARY
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary menawarkan satu lagi kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey) untuk pelancung yang ingin melihat haiwan ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih jauh lagi. Santuari ini terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan.
waktu untuk mereka 'beristirehat'
 Ia terletak sejauh 38 km dari Lapangan Terbang Sandakan dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke pusat ini. Separuh daripada jalan tersebut adalah jalan gravel. Bagi sesiapa yang suka melihat haiwan unik ini, ini adalah suatu kemestian untuk melawat tempat ini. Jadual waktu pemerhatian ialah pada 11.30 pagi - 1.30 petang dan 4.30 petang - 6.00 petang. 


TAMAN BUAYA
Taman Buaya merupakan pusat pemeliharaan buaya berlesen yang tunggal di Sabah. Pemilik Pusat ini, merupakan keluarga yang memiliki beberapa buah kapal ikan yang besar. Selama ini banyak anak-anak buaya telah dijualnya kepada orang awam, terutamanya nelayan yang gemar  memelihara buaya
 Jumlah yang didapatinya sehingga tahun 1970an ialah 1,000 ekor buaya, ada yang telah disembelih untuk mendapatkan kulitnya yang berharga untuk diekspot, manakala isinya yang sedap (bagi sebahagian orang) di jual kepada orang tempatan. Sehingga tahun 1982 Perdagangan Persidangan Peraturan Sedunia (International Convention Regulating Trade)  Kerajaan Sabah telah mengharamkan pembunuhan buaya. Dengan ini buaya telah di pelihara. 
Di Taman Buaya ini terdapat lebih kurang 3,000 ekor buaya pada keseluruhannya. Selain buaya, Taman ini juga mempamerkan beraneka jenis binatang dan ikan-ikan tropika yang cantik dan besar. Taman Buaya ini terletak di Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan.

ST MICHAEL AND ALL ANGELES CHURCH

Pada tahun 1888, Reverend W H Elton dari Persatuan Mubaligh Gereja di England telah membina sebuah sekolah yang kecil diberi nama Sekolah Saint Michael’s di Sandakan. Di sekolah ini juga tempat untuk bersembahyang bagi orang-orang yang beragama Kristian. Dari ini datangnya buah fikiran untuk membina sebuah bangunan Gereja yang sempurna iaitu Gereja Saint Michael dan Semua Malaikat (Saint Michael and All Angels Church). Gereja St. Michael merupakan sebuah bangunan batu teguh yang pertama di Sandakan. Bangunan ini di reka oleh seorang New Zealand, Encik B W Mountfort, kerja pembinaan dimulakan pada tahun1893. 
Pada mulanya kayu belian digunakan dan diikuti batu-bata, yang dipercayai dari kampung Sim Sim. Pembinaan bangunan gereja ini telah mengambil masa lebih kurang 20 tahun dibuat daripada batu batan. Gereja Saint Michael masih kekal sebagai antara satu daripada beberapa buah bangunan batu yang tinggal dan merupakan antara pembinaan yang terbaik di Sandakan.


PUU JIH SHIH SANDAKAN

Kuil Puu Jih Shih merupakan kuil yang terbesar di Sandakan. Letaknya di atas sebuah bukit di Tanah Merah. Kedudukan Kuil Puu Jih Shih yang cantik dan sifatnya curam dan kemewahannya membuatnya begitu mudah ternampak di Bandar Sandakan. Pembinaan telah menggunakan US$1 juta dan mengambil masa tiga tahun. 
Untuk memperlengkapkan hiasan dalaman ia memerlukan lebih kurang US$1 juta, dan akhir sekali dirasmikan pada 26 September 1987.  Pintu depan kuil ini menghadap bukit yang curam. Tiga patung Buddha yang berada diatas tempat pemujaan hampir memenuhi kawasan dalam kuil ini. Setiap patung dibuat daripada kayu jati dan di palut lapisan emas serta cat emas. Ketinggian patung ini ialah 23 kaki dengan keberatan ½ tan. 
Terdapat tanglung-tanglung yang tingginya 20 kaki di buat dari Taiwan, setiap tanglung ini mempunyai lampu yang berasingan sebanyak 1,700 buah di sisi tempat pemujaan. Terdapat juga banyak tempat pemujaan yang kecil dan patung-patung buddha di setiap tepi kuil ini, kesemua tempat pemujaan dan patung-patung Buddha ini di impot dari Macau. 34 tiang-tiang di kuil ini juga di buat dari Macau dan terdapat ukiran naga dari kayu jati dan lapisan emas.



MASJID BESAR SANDAKAN


Masjid Kecil Sandakan yang pertama, di bina pada awal tahun 1880, masjid tersebut hilang dan tidak dapat di kesan lagi. Selepas perang dunia kedua, Masjid Bandar di bina di atas sebuah bukit berhampiran ‘Old Slipway’.
Masjid ini kecil dan tidak dapat memuat ramai orang. Keperluan untuk mendapat sebuah masjid yang lebih besar dan tapak yang sesuai mula ketara pada tahun 1970. Sehingga tahun 1984 keperluan untuk mendapatkan sebuah masjid baru, iaitu Masjid Besar Sandakan telah menjadi kenyataan, pembinaan telah dimulakan sehingga tahun 1988 pembinaan ini siap. Walaupun Masjid Besar Sandakan ini sederhana tetapi ia kelihatan anggun dan tetap menarik perhatian dengan lokasinya yang terletak di Teluk Sandakan.



SAM SING KUNG

Kuil Sam Sing Kung merupakan salah sebuah kuil yang tertua di Sandakan. Pada tahun 1887, dengan usaha bersama Persatuaan Kantonis, Teochew, Hakka dan Hainanese, Kuil Sam Sing Kung telah di bina di bahagian kaki bukit berdekatan dengan Kuil Kuan Ying.
Kuil ini merupakan kuil yang terletak berdekatan dengan Padang rekreasi Sandakan. Kuil Sam Sing Kung merupakan Tiga orang suci di puja disini iaitu : ‘Kwan Woon Cheung’ (moyang Kwan Clan dan Buddha keadilan), Buddha Tin Hou (di puja oleh orang-orang yang bekerja di laut seperti nelayan) dan Maharaja Min Cheong (di puja oleh sesiapa yang ingin menduduki/lulus peperiksaan).

Sunday 17 June 2012

~ PULAU TAMBISAN ~

ASAL USULNYA....



Masih ramai lagi yang belum mengetahui akan kewujudan Pulau Tambisan. Pulau Tambisan terletak di Negeri Bawah Bayu,Sabah. Kedudukannya yang terpencil menjadi salah satu factor ianya tidak dikenali. Namun demikian, semakin maju sesebuah negeri, semakin terserlahlah segala yang tersembunyi selama ini, begitu juga dengan pulau Tambisan. Pulau Tambisan telah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu, Tambisan Pulau, Tambisan Darat, Tagupi dan Sungai Nipah. Dan untuk makluman juga, suatu masa dahulu, Tambisan ini dibawah pemerintahan DUN Sukau, Parlimen dan Kinabatangan. Namun demikian, sewaktu pilihan raya 2004 , tampuk pemerintahan Tambisan ini telah pun bertukar ke kawasan DUN Tungku di bawah Parlimen P118 Silam sehingga sekarang. 

PEMBUKAAN PULAU TAMBISAN

Bulan Zulhijjah 1818, di zaman pemerintahan British, Sarabi bin Sakbani bersama 12 orang rakannya dari Kampung Libaran telah bertandang ke Pulau Tambisan. Sejurus mereka sampai ke Pulau tersebut, mereka telah membahagi-bahagikan tanah dan sekaligus membersihkan tanah tersebut. Setelah selesai membersihkan tanah tersebut, mereka kembali semula ke Kampung Libaran dengan tujuan mengambil benih kelapa pisang dan ubi kayu. Setelah itu, mereka kembali semula ke Pulau Tambisan untuk menanam benih-benih tersebut. Tanaman mereka subur dan akhirnya balik semula ke Pulau Tambisan. Namun demikian, beberapa tahun kemudian, para penduduk mengalami sakit yang berpanjangan. Oleh yang demikian, mereka mengambil keputusan untuk balik semula ke Kampung Libaran.

Selang beberapa tahun kemudian, Mandaring dan Imam Laja telah pergi ke Kepulauan Suluk , Filipina untuk mendapatkan bekalan beras. Namun sebelum itu, mereka telah singgah sebentar ke Tambisan untuk melihat hasil tanaman yang telah ditinggalkan. Namun demikian, hasil tanaman mereka yang menjadi menyebabkan niat mereka untuk ke Filipina terbantut lalu mengubah fikiran untuk balik ke Tambisan lalu melantik seorang ketua kampung yang bernama Panglima Tumikbi, masih dalam pemerintahan British. Ketua kampung, Panglima Tumikbi ke Lahad Dato untuk memohon pengesahan tanah yang telah mereka bahagi-bahagikan, di District Office.  Seorang Residen British, Rasdin Muji telah meluluskan permohonan tersebut.
Selepas Panglima Tumikbi meninggal dunia, Allahyarham diganti oleh Said bin Tahir. 1946, Jepun telah menyerah kalah kepada Australia. Pentadbiran Tambisan dikuasai oleh Australia. Namun tidak lama kemudian, British kembali mentadbir Tambisan lalu kerajaan British telah melantik seorang penduduk tempatan yang bernama Awalangsa bin Mantas sebagai kerani dan mata-mata ( polis ). Selain itu juga, British mula membina beberapa infrastruktur seperti balai polis yang bertiangkan kayu, beratap dan berdindingkan nipah.

 Kerani pertama yang dilantik di Pejabat Daerah Kecil Tambisan pada masa itu ialah kerani Jata anaknya yang benama Damim yang berasal dari Daerah Lahad Datu yang berpendidikan Darjah II dan atas usaha beliau membina sebuah sekolah di Tambisan dan mengajar seramai 22 orang pelajar dengan menulis di papan batu. Selepas kerani Jata ditukar beliau telah digantikan oleh Tun Sakaran Dandai ( Mantan TYT Sabah ). Selepas perkhidmatan Tun Sakaran Dandai, Tun telah digantikan oleh Sahari bin Tulis. Apabila Sahari bin Tulis ditukarkan ke Kinabatangan, beliau digantikan pula oleh kerani yang berasal dari Tatabuan yang bernama Agta. En. Agta telah bertukar kerja ke Marin Department sebagai Kapten. Beliau telah digantikan oleh En. Mohd Jamari dari daerah Lahad Datu. Apabila beliau meninggal dunia beliau digantikan oleh Mudreka bin Agil. Selepas tahun 90-an pejabat daerah kecil di tambisan dan kerani tidak diwujudkan lagi, tetapi bangunannya masih wujud sehingga hari ini.

Berbalik kepada perlantikan ketua kampung di Tambisan, selepas 4 tahun Panglima Ali menjadi ketua kampung, beliau telah digantikan oleh Ogi bin Amir Hassan, tetapi gelaran Panglima telah dimansuhkan dan digantikan dengan gelaran OT. Selang beberapa tahun OT Ogi bin Amir Hassan telah jatuh sakit dan mengalami lumpuh separuh badan ( Strok ). Oleh kerana kesihatan OT Ogi tidak mengizikan beliau menjalankan tugas, beliau telah digantikan oleh Mahiruddin Bin Haji Hussin iaitu bapa kepada Datuk Johar di masa pemerintahan kerajaan USNO. Semasa pilihanraya pada tahun 1976, USNO telah kalah kepada Parti Berjaya, oleh yang demikian, pertukaran kepimpinan dirombak, apabila Hj. Mahiruddin telah digantikan oleh Pendekar Nusur bin Mohd Sulani menjadi ketua kampung. Tidak lama selepas itu, Pendekar Nusur telah dinaikkan pangkat ke Ketua Anak Negeri. Tempat beliau telah digantikan oleh Hj. Ismail bin Mohd Gani. Hj. Ismail bin Mohd Gani pun telah dinaikkan pangkat ke Wakil Ketua Anak Negeri. Selepas itu, Imam Mansor bin Sarabi pula telah dilantik menjadi ketua kampung yang baru. Beliau memegang jawatan ketua kampung di Tambisan Pulau selama 15 tahun. Selepas Imam Mansor bin Sarabi ditamatkan perkhidmatan, beliau telah digantikan pula oleh Hj. Undin bin Oting. Selepas Hj. Undin meninggal dunia beliau telah digantikan pula oleh menantunya yang bernama Abd Wahab bin Ismani sehinggalah ke hari ini.
Semasa pemerintahan British, Tambisan Pulau adalah dibawah pentadbiran Daerah Lahad Datu. Ketua Anak Negeri Tungku yang pertama adalah Panglima Nalaja @ Buaya Bin Noh. Setelah pentadbirannya diambil alih oleh Sandakan, ketua anak negerinya pula telah digantikan oleh Arjani bin Abantas. Selang beberapa tahun, pentadbiran Tambisan Pulau telah diambil alih oleh Kinabatangan, setelah KAN Arjani meninggal dunia, Allahyarham pula digantikan oleh KK Nusur. Apabila KAN Nusur meninggal dunia, penggantinya ialah En. Moktar Bin Zakaria ada bertugas sekarang ini.

Perkembangan agama Islam di Tambisan bermula apabila seorang ulama dari Yaman telah berhijrah ke Sabah iaitu di daerah Sandakan. Beberapa tahun duduk di Sandakan, tuan guru mendengar khabar bahawa di Tambisan mempunyai tanah yang luas dan subur untuk bercucuk tanam. Oleh yang demikian, tuan guru telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Tambisan. Sepanjang tuan guru berada di Tambisan beliau telah membantu dan memperkembangkan ajaran Islam dan seterusnya mengajar orang-orang di kampung Tambisan mengaji Al- Quran, mengajar sembahyang, Fardu Ain dan Fardu Kifayah dan berbagai-bagai lagi tuan guru ajarkan kepada penduduk kampung Tambisan.

Tambisan Pulau mempunyai sebuah balai Polis dan Sekolah Kebangsaan . Dalam tahun 2009 beberapa pemimpin telah datang ke Tambisan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penolong setiausaha KPLB Sabah, Datuk Nasir Bin Tun Sakaran, menteri di Jabatan Ketua Menteri dan pelbagai lapisan pemimpin yang hadir bagi melihat sendiri suasana di Tambisan. Dan ini sudah tentunya akan membawa kepada pembangunan yang terancang dan seterusnya memberi manfaat kepada penduduk kampung Tambisan keseluruhannya.

TAMBISAN DARAT

Tambisan Darat telah dibuka oleh orang-orang tua yang terdiri dari penjaja, panglima-panglima yang membawa beberapa orang untuk membersihkan hutan dan dijadikan kebun. Pembukaan tanah di Tambisan Darat ini telah diketuai oleh Panglima Arak. Semasa pemerintahan Jepun, Panglima Arak telah berjuang mempertahanan tanah Tambisan Darat. Setelah Panglima Arak meninggal dunia, beliau telah digantikan oleh Panglima Gampal. Selepas pemerintahan Jepun, British telah mengambil alih pemerintahan dan melantik ketua kampung iaitu OT Lajja bin Malik. Apabila OT Lajja bin Malik meninggal dunia, Imam Mansor bin Sarabi menggantikan beliau sebagai ketua kampung selama 3 tahun sebelum Imam Mansor ditukarkan ke Tambisan Pulau. Menggantikan Imam Mansor di Tambisan Darat ialah Ahmad bin Abdul Hari semasa pemerintahan kerajaan PBS. Pada pilihanraya Negeri tahun 1994, tampuk pemerintahan berubah setelah kerajaan Barisan Nasional menang dalam pilihanraya tersebut. Kepimpinan bertukar dan ketua kampung Tambisan Darat telah digantikan oleh En. Abdul Majid Bin Tanbi dan menjadi ketua kampung sehinggalah hari ini.

SUNGAI NIPAH

Ketua kampung pertama bagi Sungai Nipah ialah Panglima Ali Bin Panglima Said. Seterusnya di gantikan oleh Ketua Kampung Maulana bin Panglima Ali

TAGUPI

Ketua kampung pertama bagi kampung Tagupi ialah Haji Omar bin Panglima Said, dan seterusnya diganti oleh Hussin Bin Abdullah. Selepas beberapa tahun, beliau diganti oleh Ketua Kampung Abd. Rahim Bin Haji Omar.

INFRASTRUKTUR

Tambisan Pulau memiliki beberapa infrastruktur yang memberikan kemudahan yang diperlukan oleh para penduduk, antaranya sekolah rendah dan sekolah tadika yang bertujuan mendedahkan anak-anak penduduk mendapat pendidikan, balai polis yang ditubuhkan bagi mengawal keselamatan para penduduk, surau sebagai tempat beribadat bagi penduduk yang beragama Islam, dan mini dewan yang berperanan pelbagai guna bagi.
Tambisan Darat pula memiliki infrastruktur seperti hospital, bangunan ko nelayan untuk perikanan, padang futsal, surau dan balai kafa sebagai tempat anak-anak penduduk mendapat pendidikan tentang Islam. Baru-baru ini, Tambisan darat juga telah mendapat peruntukan masjid yang bernilai RM25000 yang bakal dibangunkan di kampung Semuning, Tambisan Darat. Tambahan lagi, Tambisan Darat memiliki sebuah jeti untuk kemudahan anak-anak kampung menyeberangi keTambisan Pulau bagi mendapatkan pendidikan.
Dan seterusnya ialah Sungai Nipah telah mendapat satu peruntukan untuk membangunkan sebuah masjid yang bakal dibina dengan kos bernilai RM20000 bagi mengantikan surau yang telah uzur. Selain itu, Kampung ini mempunyai sebuah balai raya dan jambatan untuk keperluan masyarakat kampung.

Kampung Tagupi pula hanya memiliki sebuah surau dan balai raya.
Untuk makluman juga, pada masa ini pulau Tambisan juga tengah sibuk menguruskan beberapa projek yang diberi bagi menaiktaraf hidup penduduk. Antaranya, projek membina jambatan di Kg Baru dibawah peruntukan Kementerian Luar Bandar, projek Jambatan Perikanan di Kg Baru yang dikelola oleh Jabatan Perikanan, projek air tangki juga turut dibekalkan bagi memudahkan kampung mendapat air bersih, projek pembinaan menara PJA, projek pembinaan Menara Sykt. Telekomunikasi Celcom/ Maxis, projek pembinaan menara askar dan kem tentera yang bagi mengesan penyeludupan senjata haram di Perairan Tambisan, projek pemasangan tenaga solar juga akan ditubuhkan bagi membekalkan bekalan elektrik di kampung ini, dan projek pembinaan gelanggang sukan serbaguna yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj Dr Salleh Hj Kalbi Ahli Parlimen.

PURATA PENDUDUK KAMPUNG

Pada masa kini, penduduk kampung Tambisan melebihi 280 orang dan anggaran terdapat lebih 50 buah rumah. Sungai Nipah memiliki 47 buah rumah dan memiliki 241 penduduk. Tagupi memiliki 56 buah rumah dan seramai 360 orang penduduk dan seterusnya tambisan darat memilik 78 buah dan 487 penduduk. ADUN dan Parlimen P118 Silam telah memberikan bantuan kecemasan kepada para penduduk yang menghadapi masalah atau mangsa bencana alam.

90% penduduk kampung ini adalah nelayan, 5% pula peniaga kecil-kecilan/ kedai runcit. Manakala, 5% lagi adalah guru. Selain daripada itu, terdapat juga penduduk yang memiliki kolam ikan, berkebun, menanam sawit , memelihara lembu dan kambing, berjual kuih muih, minyak kelapa dan sebagainya. Antara suku kaum yang terdapat di kampung ini ialah Bugis, Suluk, Cina dan lain-lain.

Peraiaran Tambisan kaya dengan hasil lautnya. Ianya terletak menghala ke laut besar sempadan Negara Filipina yang kini menjadi tumpuan para kaki pancing dan peniaga ikan. Hal ini kemungkinan disebabkan factor iklim dan persekitaran laut yang masih belum tercemar.
Ramai masih yang belum mengetahui bahawa kampung tambisan juga merupakan tempat matahari terbit, terutama Kampung Atiam. Ini merupakan satu tarikan yang menarik yang masih belum diketahui ramai.


PETA SABAH



MATAHARI TERBIT

TAMBISAN.. SUATU MASA DAHULU

JALAN YANG BELUM DINAIK TARAF

PINTU GERBANG TAMBISAN

JALAN TUNGKU UNTUK KE TAMBISAN

AKTIVITI PARA PENDUDUK.. HASIL PENDAPATAN

PERUMAHAN PENDUDUK PULAU TAMBISAN

SURAU 

YB MELUAHKAN MASA BERSAMA ANAK-ANAK SEKOLAH

PEJABAT KECIL

TITIK PERMUALAAN SEBENAR MATAHARI TERBIT.. TANJUNG ATIAM