Wednesday 11 April 2012

Pengenalan . . ~

Sabah terkenal dengan produk pelancongan yang semula jadi. Oleh hal demikian, Sabah kerap mendapat sambutan hangat dari pelbagai jenis pelancong datang dan menikmatinya. Dan ini juga menyebabkan Sabah menjadi salah satu cabang bagi meningkatkan ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan negara Malaysia.Mari kita mengenal dahulu Negeri sabah Negeri Di Bawah Bayu ini.

 . 

ini adalah peta bagi negeri Sabah
. 
manakala yang ini merupakan bendera yang melambangkan Negeri Sabah Di Bawah Bayu

Sabah di ambil alih oleh Syarikat Borneo Utara British SBUB pada 1881 dan menjadi negeri naugan Empayar British 1881. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam Negeri masih di selaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia berserta Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963. Ibu Negeri Sabah ialah Kota KinabaluASAL USUL NAMA SABAH"Sabah" di percayai berasal dari sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang Saba, iaitu sejenis buah pisang yang di panggil "Sabbah" atau "Sappah" pleh masyarakat Bajau yang sangat popular di buat pisang goreng. Pisang ini banyak di tanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. Pisang Saba juga di kenali sebagai Jaba oleh masyarakat Bajau. Kini Pisang Saba lebih dikenali sebagai Pisang Menurun.Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Pentadbiran Sabah di bahagikan kepada lima bahagia iaitu Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Tawau, Bahagian Pedalaman dan Bahagia Kudat.





No comments:

Post a Comment